? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Tuesday, February 23, 2010

salam air mata utk Illahi..

sudah puas memberi yang terbaik kepada mereka yang bergelar sahabat tetapi mengapa mereka tidak seperti aku?? benarlah Allah tempat meminta dan meraih keampunan dikala diri sepi dilanda hiba yang tidak putus hadir dalam jiwa yang gersang dan tandus kasih dan sayang Illahi..yang penuh dengan dosa dan diri ini lemah dan hina,tetapi pengorbanan yang dititipkan dek sebuah perjuangan berbekalkan semangat syahid yang hanya dinilai oleh Allah tidak berbaloi di mata manusia kerana manusia ini hanya mendambakan sebuah kata2 umpama sanjungan yang bakal diraih atas sandangan jawatan yang diterima..walaupun pada hakikatnya ia hanyalah bertopengkan alasan2 yang sering diterima akal yang tidak betah menafsirkannya..

sahabat2 yang pada fikiranku tidak mampu memahami pendirianku sebagai anak yatim..
aku tidak menjadikan yatim untuk setiap perlakuan ku dinilai dengan mata kasar..
tp siapalah aku yang sering dipandang serong oleh beberapa mata yang dahagakan perhatian terhadapku dalam masa yang sama melemparkan sindiran yang pada tanggapannya akan menaikkan semangatku untuk meneruskan hidup berbekalkan amalan yang sedikit..

erm..kadang2 aku terfikir mungkinkah ini akan berlaku padaku berulang kali setelah aku membuat pembaharuan untuk diriku...aku akur akan ketentuan ku yang sering menimbang-nimbang setiap apa yang terjadi pada diriku..untuk mencari hikmah ianya perlu kerna pada tafsiranku juga ia membawa diri ini kepada kebesaran Tuhan Yang Esa..

dan..ia juga akan mendorong jiwa ini akan lebih terarah pada jalan yang satu..tidak ada ragu dan sangsi walaupun jarang disinggahi anasir yang membuat diri terpesong barangkali di mata sendiri tidak di mata sahabat yang lain kerana mereka hanya melihat luaran ku sahaja..huh..sungguh aku mendambakan cinta Illahi tapi mampukah aku menggapai cintaNya..mampukah aku Illahi?? aku mendoakan diriku khususnya serta sahabatku yang lain agar tidak mudah beralih arah dalam medan dakwah fardi mahupun jamaie...hendaklah aku dan kalian faham tentang kuasa alam yang acap kali menduga tanpa amaran dari alam itu sendiri...

buat diri ku amalina...
aku bersama-sama dengan mu dalam menyusuri liku2 kehidupan yang pahitnya hanya Tuhan yang tahu..tiada cinta selain cinta Illahi..sungguh!!walaupun diri ini berdosa namun aku tahu Tuhan Maha Pengampun..

0 comments: