? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Tuesday, February 23, 2010

Rahmat kasihmu Illahi.. =).


Tiada apa yang dapat aku dambakan melainkan rahmat kasihmu yang Maha Esa hanya kau saja yang mengetahui isi hatiku kerana aku insan lemah tiada daya melainan tujuan..akulah hamba yang sering lupa akan kasihmu Ya Ilahi aku mengembara merantau jauh mencari setitis rahmatmu Ilahi hanya padamu ku serahkan jiwa dan nurani..Ampunkan daku wahai tuhanku yang Maha Pengasih terimalah taubatku jadikan aku hambamu yang soleh Ya Ilahi..

Aku menyerah segala ketentuan tentang diriku kepada Allah swt 100%..biarlah masa yang berbicara tentang percaturan hidupku, perancangan Allah sangat mantap daripada perancangan ku sendiri..walaupun perancangan yang ku buat mendapat liputan yang luas daripada sanubari sendiri namun tetap diri dipangku wajah nan layu dan aku telah jemu..

Aku tidak mahu berpaling pada yang mengganggu dan menggugat kerana ianya juga amat meletihkan diri kerana hadirnya mengundang pedang menusuk qalbu..
Akan ku serah cinta ini bukan lagi pada manusia kerana cinta martabat itu bersalut segunung kepalsuan dan kepuraan..Aku semakin tidak peduli apa yang mungkin akan terjadi kerana gerangan tindakan ku mahu bebas dari masalah..
Aku adalah aku sekarang biarpun terbuang tetapi tetap berjuang..akan ku serahkan jiwa ini sepenuh hati dengan keikhlasanku..aku adalah aku yang sekarang..ku serahkan cinta ini hanya padamu Tuhan.. =).

0 comments: