? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Thursday, December 22, 2011

berlapang dada~

Monday, September 19, 2011

Kerana dirimu begitu berharga...


Salam alaik diriku…kehidupan mu mengajar erti kesabaran… Allah swt… Rasulullah saw…ibumu.. mendoakan agar dirimu diiringi rahmat dari Allah swt… hargailah dirimu sementara nafas boleh dihembus lagi.. gunakan masa untuk mendekat diri kepada Allah swt… insafi apa yang telah dirimu perbuat…insafi ya dirimu…sesungguhnya Allah swt sentiasa menerima air matamu…rayuan serta ratapanmu di malam hari…keampunanmu…usah dirisaukan tentang nasibmu…kerna ia telah tertulis sejak azali lagi di Luh Mahfuz…turuti nasihat ibumu diriku…usah diingkari sesungguhnya terisi kemanisan yang dirimu nantikan…kasihi ibumu sementara ibumu masih ada dihadapanmu… gembirakan hatinya dirimu akan perolehi keredhaan dari ibumu…percaturan Illahi untuk dirimu membawa keberkatan dan kerahmatan yang panjang sehingga nafas mu yang terakhir… perbanyakkan taubat nasuha kerna ia membantumu untuk mendekatkan diri kepada Illahi…zikir serta istighfar selalu dirimu lafazkan,sentiasa disebut…kerna dirimu hamba pada Tuhan Mu Illahi Rabbi…usah dirimu tangisi kehidupan sebelum ini kerana ia tidak akan diulang tayang untuk masa akan datang…usah dilupakan arwah ayah dirimu…sesungguhnya ia memberi peringatan kepada dirimu agar terus hidup menggapai keampunan dari Illahi…sedekahkan Al Fatihah serta Yassin untuknya di alam sana…ingatlah dirimu akan ke sana juga tidak lama lagi…nantikan dengan amalan dan taqwa… usah dirimu bimbang tentang jodohmu..dirimu hanya perlu menjadi hamba yang bertaqwa insyallah jawapannya ada pada pasanganmu akan datang..usah ditangisi insan yang pernah mengisi cinta dihati mu suatu ketika dulu tidak lagi bersamamu sekarang…dia milik diri lain…dirimu tabah dengan cabaran yang Illahi lemparkan kepadamu…oleh itu cekalkan jiwamu agar terus mendakap cinta sang Rabbi…Tuhanmu Allahhu Rabbul Izzati…cintaNya tidak pernah pudar untuk dirimu…jagalah ia agar dirimu mendapaat cintaNya sehingga ke akhir hayatmu…dirimu…

Tuesday, August 23, 2011

dam dam dum bunyi mercun!!!

wah!!!!!banyaknyer kuih raye huhu...x sabar nak beraye...tp raye tahun x best sgt sbb kena fight ngan paper final exam..huu..

Friday, July 29, 2011

selamat datang ramadhan al mubarak


doa adalah senjata orang mu'min. justeru itu, brdoalah kepada Allah swt untuk terus diberikan kekuatan agar kekal berubah kepada kebaikan. mohon pada Allah swt supaya perubahan yang dilakukan itu kekal sehigga ke akhir hayat.

maka tetapkanlah (fastaqim) kamu dalam jalan yang benar sebagaimana yang telah diperintahkan kepadamu..
surah Hud : 112

ingatlah..apabila kita bersungguh untuk berubah, Allah swt sendiri akan meperlihatkan kebenaran..

m0ge kehadiran ramadhan kali ini membuahkan hasil amalan yang meranum

(",)


Sunday, July 17, 2011

menghitung hari..

indahnya di pertengahan bulan sya'ban

Monday, July 11, 2011

merinduimu kekasih insan pilihanMu


ku merasakan hidup pada waktu pagi dan apabila malam sudah sampai salam dari Nya

Tuesday, July 5, 2011

Salam Syaaban.. =).

Kerinduanku pada keampunan Illahi makin menggunung dari hari ke hari..kini tibalah bulan Syaaban selepas Rejab dan diikuti bulan Ramadhan...rinduuuuu pada kecintaanMu Illahi...ku inginkan maghfirah dariMu Ya Illahi...Allahhu Rabbi...ampuni dosaku Ya Rab...ampuni dosa2ku..

Sunday, June 26, 2011

Rinduku padaNya..

Ku ingin menjadi ketua bidadari syurga, masakn boleh aku berbuat demikian dek kerana apa yang telah berlaku dalam hidupku..ku menyesalin semuannya..Tuhan ampunkan daku..

Thursday, June 16, 2011

cute~







si comel!!!

Tuesday, June 14, 2011

Inni akhafullah...

emmm...aku takuuuuutttttt!!!!!!aku takuuuuttttt kiranya taubatku x diterima Allah SWT...isk..isk..isk.. maluuuuuuuuuuuuuuuu!!!!!!!!!!!pada Allah SWT...ampunka aku Ya Illahi...

Sunday, June 12, 2011

~la tahzan hatiku~


salam alaik...hatiku gembira kini kerana telah diperkukuhkan iman dengan kemanisan yang dijanjikan Illahi...perpisahanku dengannya diakhiri dengan pertalian sahabat...ku pasrah kerana ini adalah penentuan setelah apa yang berlaku...oh..tuhan... berikanlah daku petunjuk...taubat nasuha ke jalan redhaMu...

Wednesday, June 8, 2011

~key of life~

"Kita lahir dengan otak di dalam tengkorak kepala kita. Sehingga tidak peduli semiskin mana pun kita, kita tetap kaya. Kerana tidak akan ada seorang pun yang dapat mencuri otak kita, fikiran kita dan idea kita. Dan apa yang anda fikirkan dalam otak anda jauh lebih berharga daripada emas dan perhiasan."

Sunday, June 5, 2011

Ya Illahi...

¤KENAPA AKU DIUJI?
"Apkh mnsia i2 mngira bhw mrk dbiarkn saja mngatakn,"kami tlh briman" sdgkn mrk x diuji?Dan ssgghny kami tlh mnguji org2 yg sblm mrk,mk Allah mgtahui org2 y bnr&ssgghny Dia mgtahui org y dusta"~al-Ankabut:2&3

¤KENAPA TDK DPT APA YG AKU INGINKAN?
"Boleh jd km membnci sesua2 pdhl ia amt bk bgmu&blh jd pula,km mnyukai sesua2,pdhl ia amt brk bgmu,Allah mgtahui sdg km xmgthui"~al-Baqarah:216

¤KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
"Allah xmbebani seseorg i2 mlainkn ssuai dgn ksggupnnya"~al-Baqarah:286

¤RASA FRUST?
"Jgnlh kamu bsikap lmh&jgnlh pula kamu bsedih ht pdhl kamulh org2 yg plg tggi drjtny,jk kamu org2 y briman"~Ali Imran:139

¤BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPINYA?
"Wahai org2 yg briman!Brsbrlh kamu(mghdpi sgl ksukarn dlm mgrjakn pkr kbjkn)&kuatknlh ksbrn kamu lbh drpd ksbrn msh(di medan pjuangan)&brsdialh(dgn kkuatn prthnan di daerah2 smpdn)srta brtqwalah kamu kpd Allah spy kamu brjya(mncpai kmngn)"~Ali Imran:200

Saturday, June 4, 2011

Hatiku..

Ya Allah, Aku Mahu Berubah

YA ALLAH..
SYUKUR DI ATAS NIKMAT PANCAINDERA-MU..
DENGAN PENGLIHATAN…
AKU DAPAT MELIHAT SEGALA KEKUASAAN-MU…
MENGAGUMI SEGALA KEBESARAN-MU…
NAMUN..
DENGANNYA JUALAH…
AKU MELAKUKAN KEMUNGKARAN PADA-MU..
MENJERUMUSKAN DIRIKU KE LEMBAH DOSA..
MELIHAT PADA YANG TAK SEPATUTNYA...
MEMBUATKAN DIRI INI ALPA SAAT HIDAYAH-MU TIBA..

SEKETIKA KU TERSEDAR…
MUNGKIN BELUM TERLAMBAT…
UNTUKKU PAHATKAN DALAM DIRI…
BAHAWA… AKU MAHU BERUBAH…!!!

YA ALLAH…
JIKA DULU AKU ANGKUH DI BUMI-MU…
ALHAMDULILLAH…
HIDAYAH-MU MEMATAHKAN KEANGKUHANKU..
MEMBANGUNKAN SIFAT MALU…
YANG SELAMA INI TERSOROK DALAM DIRI..

KU TUNDUKKAN PANDANGANKU…
YANG SELAMA INI MELIAR...
KU TIMBULKAN KEKELIRUAN..
PADA TEMAN-TEMAN..
KU TEMPIS SEGALA TEGURAN SINIS..
KU TEKADKAN DALAM KALBUKU...
BAHAWA… AKU MAHU BERUBAH…!!!

YA ALLAH…
JIKA DULU AKU LALAI DALAM
MENUNAIKAN HAK-MU...
TERLEKA DENGAN DUNIAWI…
TERKADANG KU ABAIKAN UKHRAWI…

SUBHANALLAH…
SESUNGGUHNYA KEKUASAAN-MU YANG PALING AGUNG...
KAU SEDARKANKU DI SAAT AKU HANYUT… MASIH TAK TERLAMBAT…
UNTUK SUATU PERUBAHAN…

KU AKUR PADA KEKUASAAN-MU…
LANTAS…
KU LAUNGKAN DALAM HATIKU…
AKU MAHU BERUBAH…!!!

YA ALLAH…
KU POHON HIDAYAH-MU…
DUHAI BONDA, SAHABAT-SAHABAT SERTA TEMAN-TEMAN…
BANTULAH DAKU… BIMBINGLAH DAKU…
DALAM MENCARI… CINTA YANG PALING AGUNG..
CINTA YANG ESA…
SESUNGGUHNYA…
AKU MAHU BERUBAH…!!!

ibuku ibu mithali..

salam alaik..suram malam ni ditemani lagu-lagu syahdu nyanyian far east..kasih ibu membawa ke syurga..aku hanya punya seorang ibu sahaja di dunia yang fana ini..emmm..bagaimana harusku nyatakan rinduku yang amat pada seorang ibu yang telah mengasuh sejak kecil lagi..amat rindukannya..kerana dia adalah satu-satunya ibu yang aku ada sekarang..ibuku..seorang yang penyayang..siapa tahu dalam ketegasan terselit 'sense of humour' bersama anak-anaknya..ia dialah ibuku..satu-satunya ibuku..aku amat merinduinya..amat-amat.. meskipun dia pergi mengerjakan umrah hanya 2 minggu sahaja.. sudah cukup membuat aku rindukan ibuku sayang..ibu..anakmu amat merinduimu ibuku sayang..

Friday, May 13, 2011

selamat kembali ke KUIS

alhamdulillah pagi ini saya dapat menghirup udara Mu..dapat berfikir mengikut nikmat yang telah Kau berikan...dapat menyempurnakan ibadah solat suduh diikuti dengan ma'thurat seterusnya tadarus bersama sahabat2 saya yang lain...yang tidak jemu2 mengamalkankannya... minggu ini saya telah mendaftar semula sebagai seorang mahasiswa..menerusi garis panduan yang telah diberikan barulah saya dapat menatap keputusan peperiksaan semester lepas...alhamdulillah sekali lagi keputusan saya telah meningkat naik mendadak...bermakna usaha saya pada semester lepas tidak sia2.. alhamdulillah.. alhamdulillah...ketentuan ALLAH SWT....ALLAH SWT amat menyanyangi saya...doa mak yang tidak putus2...usaha yang berterusan...sokongan dan dorongan sahabat2 sekelas SMSU B dan sekuliah SMSU amat2 dihargai...terima kasih semua...terima kasih banyak2 tau...kamu semua adalah sumber inspirasi saya...semester ini saya akan berdepan dengan beberapa mata pelajaran yang amat mencabar...saya akan jadikan ia sebagai cabaran kepada diri saya untuk menyahut keputusan yang cemerlang untuk mengecapi dekan yang akan datang ameeeeennn....

Sunday, May 8, 2011

Kenangan ku tertinggal di Kuala Sg Baru..

Salam sayang buat semua sahabatku lepasan Form 6 2005/2006 SmKA SHAMS..ini adalah kali terakhir mybe akan bertemu dengan kamu semua..emmmm...rindu sangat tau korang....sangat rindu....x tahu lepas ni boleh jumpe lagi ke tak tau....emmmm...sangat seronok yang tidak boleh digambarkan dengan word hehehehe...
Ya Allah...ukhwah yang terbina ini diharapkan berterusan hingga ke akhir hayat...insyallah..
BBQ yang sedap...kotak beracun yang amat menggerunkan daaaaaannnnnn sukaneka yang amat menggembirakan..x lupe jugak mandi laut...pergh sangat best tau...emmm..dalam kegembiraan tu terselit duka seketika tapi its ok je...xde pe pun...hehe..
SHAmSON itulah sepatah perkataan tuk kenangan yang amat terindah bersama mereka semua!!!

Tuesday, May 3, 2011

saat lafaz sakinah

indahnya saat diijab kabulkan nanti..emmm..saya menanti saat itu dengan penuh debaran..debaran yang amat mendebarkan hehe..Allah semoga dipermudahkan urusan insyallah.. =).

Destinasi cinta Gue...

salam alaik sahabat2 gue yg gue sayang...hari ini genaplah usiaku menginjak 24 tahun huhu..x la..bulan 2 kot hehe..tahun ini gue sudah punya satu wawasan hidup yang mana wawasan ini akan di naungi sepenuhnya Allah swt..bukan bermakna sebelum ini gue tiada wawasan cuma gue mahu lontarkan tuk santapan 2 biji mata gue sendiri..kalau kalian mahu pandang pun x pe juga kuikuikui...wawasan gue adalah ingin merangkul hati bonda secara keseluruhan dengan akhlak yang baik...anak yang baik adalah anak yang mendengar kata...'trade mark smka shams' hehe..gue punya seorang bonda yang barangkali tidak sama dengan kalian kerana beliau adalah bonda gue sendiri..bonda sayang gue seperti anak2 nya yang lain..barangkali juga gue yang paling atas..harapannya amat besar tuk mendapatkan satu apa ya...satu manfaat setelah bonda mendidik gue dari kecil hingga besar..gue hanya punya seorang bonda...gue ingin bangat menghadiahkan beliau kebahagian sebuah keluarga kelak..gue mahu sebaik mana bonda kalian raikan bondamu seperti kamu meraikan diri sendiri dalam hidup kalian sendiri..biarpun bonda menegur atau meleteri tiap2 perbuatan kita..siapa tahu ada hikmah disebalik setiap apa yang berlaku...ia kan..ia..semestinya ia bukan.. =). justeru itu...sayangi bonda kita kerana di bawah tapak kakinya punyai syurga yang bakal kita akn masuki..salam alaik sahabat2 gue..

Monday, May 2, 2011

Cintaku Semakin mekar Dari Hari ke Hari

Alangkah indahnya andai diri ini memiliki segala galanya sebagai seorang hambaMu Illahi..ku akur pada ketentuanMu .. syukur Illahi..sekarang alhamdulillah sgt2 aku telah dapat menyetatkan kembali blog ku yang amat cantik ini huh...lega bangat sih...selamat kembali amalina kamarulzaman...serikandi ssaifullah =).