? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Friday, March 23, 2012

my l0vely cat'ssss

semalam saya bru pulang ke rumah setelah sekian lama tidak pulang ke rumah, amira menjemputku di ktm sg gadut..pemanduannya amat2 memberansangkan ku...nak tercabut jantung bile duk sebelah die..bile sampai je umah, bondaku salami, terubat sedikit rindu bila menatap wajah tuanya...x tua lagi still anggun bondaku itu....kucing2 ku juga menyambutku...dah besar dah mereka sume :) wah..alangkah bagusnya andai 'hajar' de sekali mahu la dia nak kat kucing2 tu ;) tgk kucing pun semeter jauhnyer ni kan pulak nak pegang huh...kalau die pegang memang kena dapat award dariku....eeehee...begitula kisah ku nan akan datang...menjadi anak dara selama sebulan...

Wednesday, March 14, 2012

sembahyang sebelum disembahyangkan

Solat salah satu daripada rukun Islam yang lima, yang diwajibkan ke atas setiap muslim dan muslimat yang mukallaf (baligh dan berakal). Kefarduan ini telah disepakati ulama’ (ijma’) dan dikira sebagai (ما يُعْلـَمْ مِنَ الدِّينِ بالضَرُورَة) perkara asas agama yang diketahui oleh setiap muslim. Sesiapa yang mengingkari kewajibannya menjadi kafir dan murtad, kekal dalam neraka; kerana kefarduannya disandarkan kepada nas yang jelas dan qathi’e (tidak dapat ditokok tambah) daripada Al-Quran, As-Sunnah dan Ijma’.

Sesiapa yang meninggalkan solat kerana malas, bermudah-mudah atau sengaja tanpa menafikan kewajibannya tergolong dikalangan orang yang fasiq dan berdosa besar yang wajib ke atasnya beberapa perkara:-

1. Bertaubat, beristighfar serta menyesal di atas perbuatannya.
2. Mengqada’kan solat yang ditinggalkannya.
3. Dijatuhkan ke atasnya hukuman had.


Hukum menangguhkan solat

Apabila masuknya waktu solat, wajib seseorang itu melakukan salah satu daripada dua perkara:-
1. terus mendirikan solat, itulah yang paling afdhal atau
2. azam untuk menunaikan solat dalam waktunya.

Jika tidak melakukan salah satu daripada perkara yang disebut di atas, sesungguhnya berdosalah dia. Ini dinamakan azam yang khas. Dan wajib bagi seseorang itu selepas baligh menyimpan azam yang umum untuk melakukan segala suruhan Allah dan meniggalkan segala laranganNya .

Haram hukumnya menangguhkan solat sehingga tidak sempat menunaikan solat dengan segala syarat dan rukunnya di dalam waktunya. Sesuatu solat itu dikira sebagai tunai (أداء) jika sempat mendapat satu rakaat daripadanya (selesai daripada sujud yang kedua). Apabila tidak mendapat walaupun satu rakaat, solat itu dinamakan Qada’. Tetapi dosa bukannya berkaitan dengan tunai atau qada’, seseorang itu telah dikira berdosa walaupun sempat mendapat satu rakaat di dalam waktu.


Sunday, March 11, 2012

lebaran exam

dalam diam x diam, saya telah menjawab 4 dari 6 paper yang saya ambil tuk sem ini.. tinggal lagi 2 paper yang tinggal... soalan yang gerun barangkali saya bakal akan menjawabnya... sangat mencabar minda.. h0pe fully semuanya berada dalam keberkatan Illahi.. ^_^ chaiy0k2 amal.. u can d0 it...dalam masa yang sama saya amat merindui bonda saya...

Saturday, March 10, 2012

g0od bye faceb0ok

selamat tinggal mukabuku

naskah cinta menggantikanmu
naskah itu cukup membuatkanku leka dengan ayat-ayat dari Rabbku
naskah itu tidak jemu untuk ku memegangnya malah juga tidak bosan untuk ku tatapinya

selamat tinggal mukabuku
tidak akan ku menjengahimu walau sekali
biarpun hatiku meronta mengatakan 'dia' ada disana 'sape tu'
ku fikir akan ada medium lain yang bakal menggantimu mukabuku

mukabuku
biarpun dirimu akan ku intai-intai dari mukabuku rakan-rakanku
tidak akan sekali-kali aku membuat page baru untuk diriku

selamat tinggal mukabuku
semoga kau terus lupus dari ingatanku
kerana ku bimbangi jika aku sudah tiada lagi di muka bumi
siapakah yang akan memadamkannya?

hasil nukilan,
amal jelita~

Friday, March 9, 2012

salam alaik ^_^

salam sayang kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW serta para sahabat Rasulullah SAW..
Allah...berilah kesemapatan kepadaku untuk berbakti kepada b0ndaku...
sudah lame saya tidak menjenguk blog ini..asiff ya hehe..tahun 2012 melakar sejuta pengharapan kepada diriku khususnya juga kepada sahabiah ku di luar sana :) ...

kerinduan memuncak kepada kak mahanim sebab lama sngat x jumpe die..h0pe fully die sihat hendak Nya... ari tu pergi ziarah die dengan sahabat2 yang lain...
kerinduan kami terubat sekejap...huhu... sebentar ke rumah nik syifaa ziarah ayahnya, kedai syahirah ziarah ibunya, ziarah keluarga nazirul fathi, dan ke rumah syamila melihat-lihat ibu nya..barangkali sahabatku diuji dengan masalah yang boleh saya katakan sama taraf dengan iman mereka..bagaimana dengan diriku pula??

huhu... hidup ini indah andai mendapat keberkatan dariMu Illahi...


Thursday, December 22, 2011

berlapang dada~

Monday, September 19, 2011

Kerana dirimu begitu berharga...


Salam alaik diriku…kehidupan mu mengajar erti kesabaran… Allah swt… Rasulullah saw…ibumu.. mendoakan agar dirimu diiringi rahmat dari Allah swt… hargailah dirimu sementara nafas boleh dihembus lagi.. gunakan masa untuk mendekat diri kepada Allah swt… insafi apa yang telah dirimu perbuat…insafi ya dirimu…sesungguhnya Allah swt sentiasa menerima air matamu…rayuan serta ratapanmu di malam hari…keampunanmu…usah dirisaukan tentang nasibmu…kerna ia telah tertulis sejak azali lagi di Luh Mahfuz…turuti nasihat ibumu diriku…usah diingkari sesungguhnya terisi kemanisan yang dirimu nantikan…kasihi ibumu sementara ibumu masih ada dihadapanmu… gembirakan hatinya dirimu akan perolehi keredhaan dari ibumu…percaturan Illahi untuk dirimu membawa keberkatan dan kerahmatan yang panjang sehingga nafas mu yang terakhir… perbanyakkan taubat nasuha kerna ia membantumu untuk mendekatkan diri kepada Illahi…zikir serta istighfar selalu dirimu lafazkan,sentiasa disebut…kerna dirimu hamba pada Tuhan Mu Illahi Rabbi…usah dirimu tangisi kehidupan sebelum ini kerana ia tidak akan diulang tayang untuk masa akan datang…usah dilupakan arwah ayah dirimu…sesungguhnya ia memberi peringatan kepada dirimu agar terus hidup menggapai keampunan dari Illahi…sedekahkan Al Fatihah serta Yassin untuknya di alam sana…ingatlah dirimu akan ke sana juga tidak lama lagi…nantikan dengan amalan dan taqwa… usah dirimu bimbang tentang jodohmu..dirimu hanya perlu menjadi hamba yang bertaqwa insyallah jawapannya ada pada pasanganmu akan datang..usah ditangisi insan yang pernah mengisi cinta dihati mu suatu ketika dulu tidak lagi bersamamu sekarang…dia milik diri lain…dirimu tabah dengan cabaran yang Illahi lemparkan kepadamu…oleh itu cekalkan jiwamu agar terus mendakap cinta sang Rabbi…Tuhanmu Allahhu Rabbul Izzati…cintaNya tidak pernah pudar untuk dirimu…jagalah ia agar dirimu mendapaat cintaNya sehingga ke akhir hayatmu…dirimu…